Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Syaitan cuba menghalang Nabi Ibrahim a.s. dari menunaikan perintah Allah tetapi tidak berjaya.
Berkat dari kesabaran Nabi Ibrahim a.s., Allah s.w.t. telah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor Qibas.