Wednesday, December 19, 2007

Selamat Menyambut Aidil Adha


Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadah Haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Syaitan cuba menghalang Nabi Ibrahim a.s. dari menunaikan perintah Allah tetapi tidak berjaya.

Berkat dari kesabaran Nabi Ibrahim a.s., Allah s.w.t. telah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor Qibas.